Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN



Assalamualaikum,

Dikesempatan ini izinkan kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf.

Kami hanya insan biasa yang tidak sempurna untuk memuaskan hati semua dan kami juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Halalkan segala gurau senda yang mungkin menguris perasaan.



Cantik sungguh si kain pelekat,

Dipakai orang buat ke pekan,

Aidil Fitri semakin dekat,

Silap dan salah mohon dimaafkan.



Berharap padi dalam lesung,

Yang ada cuma rumpun jerami,

Harapan dihati bertatap langsung,

Yang terlayang cuma coretan ini .



Mata kadang salah melihat....

Mulut kadang salah berucap....

Hati kadang salah menduga.....

Maafkan segala kesilapan yang pasti ada....



Tiada lagi erti persahabatan

Andai akhir nafas di hujung helaan

Sebelum pintu taubat tertutup

Sebelum mata rapat terpejam

Sekali lagi kami mohon maaf zahir dan batin........

Monday, September 6, 2010

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah 2010

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah 2010 telah dijayakan pada 30 Ogos 2010. Pelbagai acara telah dijalankan bagi memupuk semangat cintakan negara antaranya ialah Pertandingan Perbarisan (Tahap 1 dan Tahap 2), Pertandingan Pakaian Beragam dan Pertandingan Sajak Kemerdekaan. Semua pertandingan ini disertai oleh murid-murid yang berbilang kaum dan dapat memupuk semangat 1Malaysia di kalangan generasi muda secara amnya.


Pertandingan Perbarisan Kemerdekaan



Pertandingan Pakaian Beragam



Pertandingan Sajak Kemerdekaan