Friday, April 26, 2013

PROGRAM SEKOLAH HIJAU 2013

Pada 27 April 2013, SK Stowell telah mengadakan Program Sekolah Hijau di sekitar kawasan sekolah. Program bermula pada 8.00 pagi melibatkan semua murid SK Stowell.  Dalam masa yang sama juga turut diadakan Hari Terbuka PIBG melibatkan perjumpaan antara AJK PIBG 2013 yang baru dilantik dengan para waris murid SK Stowell. Semua waris dijemput hadir bagi membincangkan perkara yang terbaik untuk murid SK Stowell. Satu lagi program yang turut dijalankan melibatkan waris murid tahun 1, 2 dan 3 iaitu Taklimat KSSR & PBS 2013.

PERTANDINGAN MEWARNA KATEGORI PRA SEKOLAH

PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1

PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1

PERTANDINGAN REKACIPTA BAHAN KITAR SEMULA

PERTANDINGAN REKACIPTA BAHAN KITAR SEMULA

MEMASANG TANGKI TADAHAN AIR HUJAN


TAKLIMAT KSSR 2013 BERSAMA WARIS

TAKLIMAT KSSR 2013 BERSAMA WARIS
MOTIVASI MURID TAHUN 6

Tuesday, April 23, 2013

Tabung Wira Lahad Datu

SEKOLAH Kebangsaan Stowell telah melancarkan kutipan Tabung Wira Lahad Datu bagi membantu keluarga anggota keselamatan yang terkorban ketika mempertahan kedaulatan negara dalam insiden pencerobohan berdarah di Sabah baru-baru ini.Segala kutipan tersebut diserahkan kepada Pegawai Perhubungan Sekolah PPDT, En. Zupri bin Ismail dalam satu majlis khas penyerahan wang tabung itu di sekolah pada 22 April 2013. Sumbangan tersebut amat besar ertinya kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban di medan pertempuran kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu membiayai kos persekolahan anak-anak mereka. Kutipan ini mengambil masa selama empat hari untuk mengutip wang sumbangan itu yang digerakkan oleh pengawas sekolah ke setiap kelas dan ketika waktu rehat.
Sambutan pelajar terhadap usaha itu amat menggalakkan dan ini terbukti apabila dalam tempoh yang singkat sahaja berjaya mengumpul jumlah kutipan yang agak besar. Para pelajar begitu teruja dan bersemangat menjayakan usaha kutipan sumbangan ke dalam tabung ini malah ada dalam kalangan mereka menghebahkan juga usaha ini kepada masyarakat luar.




KEM MOTIVASI UPSR 2013

Kem Motivasi UPSR telah diadakan selama 2 hari 1 malam iaitu bermula pada 12 - 13 April 2013 bertempat di SK Stowell. Dalam kem ini, murid-murid dilatih berdikari bagi membina keyakinan diri dan diberi teknik-teknik menjawab soalan oleh guru-guru yang memeriksa kertas soalan UPSR.












Monday, April 22, 2013

Mesyuarat Agung PIGB SK Stowell 2013

       Mesyuarat Agung PIBG SK Stowell bagi tahun 2013 telah berjaya diadakan pada 16 Mac 2013. Program  bermula pada 8.30 pagi dan dirasmikan oleh Tuan Pauzi bin Haji Omar, Ketua Sektor Unit Pengurusan Sekolah JPNPP. Beliau juga turut merasmikan Bilik PIBG & Kokurikulum yang baru diwujudkan hasil kerjasama Guru Besar, AJK PIBG dan guru-guru. Pada Mesyuarat Agung PIBG kali ini terdapat beberapa muka baru dalam organisasi PIBG bagi memantapkan lagi  pengurusan dan pencapaian murid-murid di SK Stowell.













MERENTAS DESA 2013

Acara tahunan merentas desa telah berjaya diadakan pada 9 Mac 2013. Acara ini merupakan salah satu acara yang menyumbangkan mata rumah sukan bagi Kejohanan Sukan Tahunan 2013. Acara ini dimulai dengan ucapan Guru Besar, En. Rosli Bin Hashim dan dirasmikan oleh YDP PIBG SK Stowell iaitu En. Izman Harris. Bagi memastikan semua peserta berada dalam keadaan cergas dan bersedia, guru pelatih telah mengetuai senaman pemanas badan  sebelum acara merentas desa dimulakan.


Ucapan Perasmian