SEJARAH

            Sekolah Kebangsaan Stowell (SKS) telah ditubuhkanoleh kerajaan sebagai sekolah di bawah pentadbiran berasingan dan tersendiri mulai 01.01.1958. Sebelum ini SKS adalah sebahagian daripada Sekolah Tinggi Bukit Mertajam untuk Bahagian Rendah (Primary Section) dan ditadbir sendiri oleh Guru Besar Sekolah Tinggi Bukit Mertajam (Secondary School). Pada awal penubuhan SK Stowell, ia dikenali sebagai ‘Bukit Mertajam Boys School’, Standard Type (English Medium). Hingga kini SKS masih mengekalkan tradisinya sebagai sekolah untuk murid lelaki sahaja.
            Pada 09.01.1959 SK Stowell mendapat nama rasminya sempena nama bekas Pengetua Pertama Sekolah Tinggi Bukit Mertajam iaitu Mr. Edgar Stowell; dan nama itu kekal digunapakai hingga ke hari ini. Manakala En. Bobby Goh merupakan Guru Besar anak tempatan yang pertama mentadbir sekolah ini secara berasingan dengan 23 kelas serta 1017 orang murid lelaki  daripada Kaum Melayu, Cina dan India. Cikgu Tan Ah Keat (Guru SKS) telah mereka cipta lencana SKS dengan motto yang dicadangkan oleh Jemaah Pengurus sebagai “Strive And Attain” dan dalam versi Bahasa Melayu disebut sebagai “Berusaha Dan Berjaya”. Lencana dan motto ini kekal digunapakai hingga ke hari ini.  
            SK Stowell ditubuhkan dengan tujuan menyediakan peluang pembelajaran Peringkat Rendah (Primary) dalam Aliran Inggeris bagi memenuhi permintaan masyarakat berbilang bangsa di Daerah Seberang Perai Tengah kerana SK Stowell satu-satunya sekolah rendah aliran Inggeris yang ada di Kawasan Bukit Mertajam ketika itu.  Selain daripada itu, SK Stowell juga menjadi ’feeder school’ kepada Bukit Mertajam High School (aliran Inggeris) yang terletak bersebelahan sekolah ini. Pada tahun 1961 jumlah murid menjadi 1,370 dengan 33 kelas di buka, termasuk satu Kelas Tahun 1 dalam pengantar Bahasa Melayu (Special Malay Class) .Pada 06.04.1964 pengajaran Bahasa Cina dan Tamil diadakan kerana ramai murid Cina dan India belajar di sini. Pada tahun 1967 jumlah murid bertambah menjadi 1668 tetapi pada tahun 1971 merosot kepada 1028 akibat pembukaan SRK Kampung Baru. Pada awal tahun 1970an semua Sekolah Rendah Aliran Inggeris ditukar namanya menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) termasuk SRK Stowell. Semua Sekolah Aliran Cina dan Tamil ditukar menjadi SRJK Cina dan SRJK Tamil. Pada tahun 1982, SRK Stowell merayakan Jubli Peraknya yang pertama. Tetapi mulai 01.01.1998 KPM telah mengeluarkan Surat Pek. Ikhtisas Bil. 1/1997 KP(BS) 8591/Jld.VII/(46) yang mengarahkan semua Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) ditukar namanya menjadi Sekolah Kebangsaan (SK).
 Blok asal yang kekal hingga kini adalah Blok C (No. Blok PWD 228) dua tingkat dengan 3 bilik darjah di Tingkat 1 tetapi semua kelas tingkat bawah telah diubahsuai menjadi Klinik Gigi, Bilik ETeMS dan Bilik Persalinan. Kini SK Stowell memilik 4 blok Bangunan Bilik Kelas, sebuah Astaka, sebuah blok Makmal Komputer dan sebuah Blok Prasekolah (ubahsuai kantin lama) yang mula berfungsi pada Januari 2006.
            Antara keunikan SK Stowell sejak ditubuhkan ialah masih mengekalkan tradisi menerima hanya murid lelaki sahaja daripada pelbagai kaum bersekolah di sini, tanpa bercampur jantina hingga ke saat ini. SK Stowell menjadi sebagai Sekolah Rendah (Lelaki) Aliran Inggeris yang pertama di Daerah Seberang Perai Tengah sebagai timbal balas penubuhan SK Convent Bukit Mertajam (khas untuk murid perempuan sahaja).




l  24 jun 1958 - para Ahli Lembaga Tadbir Sekolah “Bukit Mertajam Primary Boys’ School” yang kemudiannya dikenali sebagai Sekolah Stowell telah berjumpa dan menerima rekaan logo sekolah yang baru tetapi telah meminta supaya tulisan P.B.S (Primary Boys’ School) ditukar kepada S.S yang bermaksud Stowell School.
l  Guru yang mereka cipta logo tersebut ialah Encik Tan Ah Keat.
l  Motto sekolah, “Strive & Attain” adalah hasil dari buah fikiran Encik Bobby Goh, Guru Besar Sekolah Stowell dan versi Bahasa Melayunya ialahBerusaha & Berjaya”

Ø  mahkota - negara kita diperintah secara adil dan demokratik.

Ø  “SS’ dan ‘BM’ - nama sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan  Stowell yang terletak di daerah Bukit Mertajam.

Ø  Obor - sumber ilmu pengetahuan. 1958 bermaksud sekolah ini dibuka pada tahun tersebut.

Warna SekolahMerah, Biru, Kuning dan Putih
 
Makna Warna:    

Merah  -  Keberanian
Biru      -  Aman dan Damai
Kuning -  Kesetiaan
Putih    -  Kebersihann